Sinopsis Drama Roxy

Sinopsis Drama Roxy. Tak lama lagi akan ditayangkan drama baru ini berkaitan dengan seorang saintis yang membawa sebuah patong untuk hidup dengan dia dan keluarganya. Antara pelakon yang terlibat adalah Azlee Khairi, Eira Syazira, Nadiyah Shahab dan ramai lagi.

tarikh tayangan drama ini adalah pada mulai 25 Jun 2022 tau. Ia ditayangkan pada setiap hari sabtu dan ahad sahaja pada jam 7 malam di tv3.

Sinopsis Drama Roxy


Sinopsis Drama Roxy

Roxy merupakan sebuah robot dari rusia sebenarnya roxy dah tak berfungsi dengan baik dan dijumpai oleh Aqil. Dia terus bawa balik untuk dibaiki dan dia jadikan roxy sebagai pembantu rumahnya.


Sebab apa jadi pembantu rumah? sebab dalam rumah aqil tu dah banyak kali orang gaji diorang lari. sampaikan syarikat maid tu pun dah blacklist diorang dari ambil pembantu rumah selepas itu.  Nasib baiklah ada roxy.

Tapi Roxy mula menjadi perhatian jiran sekeliling, siap ada yang nak buat menantu lagi tau.. apa yang akan jadi pada roxy nanti?

Info Drama Roxy.

cerita ini mempunyai 20 episod dan akan ditayangkan di tv3. Drama ini diarahkan oleh M. Nazir Juhan dan skripnya pula ditulis oleh Adza Emie, Intan Zarina Hassan, Azal Ezreen, Marini Mat Zain

Antara pelakon yang terlibat adalah Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Tony Eusoff, Zack Kool, Kween Keela, Oktovia Manrose dan Roy Azman.

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post