Siapa Ryan Bakery ? Dia memang Tiktokers ker? Sejak dua tiga menjak ini, namanya semakin dikenali ramai dan mula menjadi sebutan kerana content yang dibuat mencuit hati para netizen.

Biodata Ryan Bakery Tiktok


Biodata Ryan Bakery Tiktok

Bagi yang tak berapa kenal, ryan bakery atau nama sebenarnya adalah Muhammad Ryan Fahmi Bakery melalui fasa sukar ketika PKP baru-baru ini.

Dia yang baru berusia 27 tahun pada 2022 ini pernah menceritakan yang dia sebenarnya di buang kerja ketika pandemik. Sejak itu, dia pulang semula ke kampung untuk memulakan hidup baru.

Pelbagai pekerjaan dia lakukan. Antaranya adalah jadi penjual kuih. ada tu dia pernah menjual ikan laga. sehinggalah dia terfikir nak buat tiktok ryan bakery. Maka selepas itu kehidupannya berubah.

Dia mula membuat konten parody mengenai suasana ketika zaman sekolah dulu dan juga perangai kanak-kanak ketika kecil. perkara ini membuatkan ramai terhibur dan terimbau kenangan masa lalu.

Baru-baru ini tular di tiktok yang mana ada sultan pemurah memberikan gift singa kepada Ryan ketika live streamingnya. Terkejut dengan pemberian itu, ramai yang mencari siapakah sultan pemurah itu dan sehingga hari ini tidak siapa pun tahu siapa di sebalik nama sultan pemurah tersebut.

Jujur aku cakap, konten ryan ni memang terbaik dan menghiburkan. Tak perlu buat konten pelik-pelik untuk raih perhatian sekadar buat mengenai apa yang kita ada sahaja.


Post a Comment

أحدث أقدم