Biodata Zalina Azman

Nama Zalina Azman memang dekat dengan tv3 dimana dia bermula dalam dunia penyiaran dengan stesn berkenaan sejak era 1990 an lagi. 

  

Biodata Zalina Azman

Biodata Zalina Azman


  • Nama penuh: Zalina Shaharah binti Azman
  • Umur: 58 tahun
  • Bangsa: Melayu
  • Tinggi: 158 sentimeter (cm)
  • Keluarga: Mikhail Norman (anak), Anzarryn (anak)
  • Pendidikan: Kelulusan Sarjana Kewartawanan
  • Kerjaya: Bekas pembaca berita, pengacara dan personaliti TV


Antara rakan seangkatan dengan zalina adalah Wan Zaleha Radzi, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Ezzah Aziz, Dang Suria Zainurdin, Zakiah Anas, Datin Nor Azlina Redzuan, Aziah Jasmin Azizul Hassan, Kamaruddin Mape, Zahir Kelvin Ong Abdullah dan ramai lagi.  

Zalina pernah berkhidmat di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990 dan Pernah memegang tanggungjawab menyampaikan berita dalam bahasa Melayu dan Inggeris, serta mengacarakan program Money Matters.

Selain itu, dia juga pernah menjadi pengacara Anugerah Juara Lagu pada tahun 2000 dan 2001. Tambahan pula dia juga pernah menemubual bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela. Selain itu,artis terkenal dari hollywood iaitu penyanyi Beyonce dan Britney Spears juga pernah ditemubual oleh zalina.

kami tulis juga selain biodata zalina azman adalah mengenai kronologi kehilangan bekas pengacara tv3 itu.

 Kisah Zalina Azman Hilang


Pada 29 November 2021, laporan polis dibuat oleh anak lelaki Zalina iaitu Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan Zalina sejak November 2021.

  

Mikhael sebelum ini menghubungi Zalina sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bahawa datuknya telah dimasukkan ke hospital, namun usahanya tidak berhasil.

  

Pada 29 November 2021, Mikhael dan bapa saudaranya melawat ke rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri di Seksyen 3, Shah Alam.

  

Mereka mendapati kereta Zalina berada di kawasan rumah, bagaimanapun keadaan dalam kediamannya berada dalam keadaan tidak tersusun. Mereka menemui beg duit milik Zalina yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai bernilai RM600. Namun Zalina tidak dapat dikesan selepas segala usaha pencarian dijalankan.

  

Polis memohon agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dapat memaklumkan segera kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

إرسال تعليق

أحدث أقدم