Baru-baru ini, artis bernama fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 39 telah menerima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang tahunan Malaysia bagi kategori wanita. Anugerah tersebut adalah sempenan majlis Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia ke-3, Sabtu lalu.

Fazura terima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang


Fazura terima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang


Fazura berkongsi berita gembira berkenaan dengan peminat dan followersnya di instagram dengan ucapan;

“Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami, Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini,” tulisnya pada kapsyen.

“Faz juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang juga mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad lalu. Banyak yang kami lalui bersama.

“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan ini. Saya cintakan anda semua,” tulisnya.

“Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk Fazura. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua,” ujarnya.

--

Tahniah untuk fazura!

Post a Comment

أحدث أقدم