Cukup-cukuplah perkara ini diperkatakan- Che Amran Raihan

 Isu Raihan dengan bekas vokalis mereka Nazrey Johani masih belum selesai. Selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazrey mengenai dirinya berdoa agar dapat meninggalkan kumpulan itu satu ketika dahulu kembali diperkatakan lagi.


Cukup-cukuplah perkara ini diperkatakan- Che Amran Raihan



Cukup-cukuplah perkara ini diperkatakan

Ketua kumpulan Raihan, Che Amran berkata;

"Kami enggan ulas kenyataan yang dikeluarkan oleh dia (Nazrey Johani). Kalau diikutkan kami dah 'move on' dan enggan kenang kisah lama. Kami lebih fokus pada Konsert Garis Masa Raihan November ini."


"Minta maaf sangat. Cukup-cukuplah perkara ini diperkatakan. Benda pun dah lama berlaku," katanya kepada Harian Metro.


"Raihan kini sudah melewati 26 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air dan inilah yang sepatutnya diberikan tumpuan.


"Setakat ini sambutan terhadap penjualan tiket boleh dikatakan menggalakkan. Kami percaya jualan tiket akan bertambah menjelang hari persembahan nanti.

"Kami juga mensasarkan 7,000 penonton akan hadir nanti," katanya.

إرسال تعليق

أحدث أقدم