Isteri Solehah Idaman Para Lelaki

Isteri Solehah Idaman Para Lelaki. Ramai wanita diluar sana ingin menjadi isteri solehah kepada suami mereka dan ada juga sudah mencuba sehabis baik bagi mendapat gelaran isteri solehah dari suami mereka. Persoalannya sekarang adakah anda tahu bagaimana menjadi seorang isteri yang solehah dan apakah ciri-ciri mereka yang digelar dengan gelaran solehah itu? berikut merupakan ciric=ciri yang kita akan sebutkan satu persatu dalam entri kali ini.


Isteri Solehah Idaman Para Lelaki


Isteri Solehah Idaman Para Lelaki

Ciri isteri solehah yang pertama adalah dia mentaati perintah allah dan kemudian memathui perintah suaminya sama ada suaminya ada didepan mata mahupun tidak didepan mata yakni kemungkinan kerja di luar kawasan. Menerusi firman allah dalam surah annisa ayat ke 34 bermaksud;

“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.”

Maka apabila sudah disebut didalam alquran, maka haruslah bagi seorang isteri itu memelihara maruah suami sama ada dari sudi diri si suami dan juga harta suaminya itu.Ramai para isteri sukar menjaga maruah suami diluar sana. mereka mendedahkan aurat dengan mudah menyebabkan suaminya menanggung malu di khalayak ramai.

Jika anda mahu menjadi isteri yang solehah, maka anda perlu menjaga maruah suami dengan sebaik mungkin.


Ciri isteri solehah kedua adalah Menutup aurat dengan sempurna. Ini satu perkara penting dalam kehidupan seorang wanita. dari mereka cukup umur sehingga meninggal dunia, isu aurat memang sentiasa di bahaskan. untuk menjadi seorang isteri yang solehah, anda perlu berusaha menutup aurat dengan sempurna. ya, kami tahu bukan mudah tetapi anda kena berusaha kerana ia adalah suruhan dan perintah dari Allah. 

Ciri isteri solehah yang ketiga adalah seorang yang menjaga solatnya. Solat merupakan tiang agama dan siapa mendirikannya maka dia mendirikan agama dalam dirinya dan barang siapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama dalam dirinya. Selain solat 5 waktu kita juga ada solat sunnat yang boleh dilakukan oleh para isteri di luar sana. Isteri solehah selalunya  rajin untuk melakukan solat sunat kerana dia tahu amalananya sangat kurang dan tidak mencukupi untuk masuk ke syurga. Pada waktu malam, dia dan suami akan bertahajud bersama demi mencari keredhaan Allah.

Seterusnya, ciri yang ketiga adalah isteri solehah ini dia sangat menghormati ibu bapanya dan juga ibu bapa mertuanya seperti dia melayan ibu bapanya sendiri. Ramai isteri-isteri di luar sana tidak pulang menjenguk ibu bapa mertuanya selepas berkahwin. Pelbagai alasan diberikan sama ada tidak dapat cutilah, ada kerja lain lah dan ada juga terang-terang mengatakan yang mereka tidak suka dengan ibu dan bapa mertua nya. Dia tidak sedarkah yang salah satu ciri isteri solehah adalah dia menghormati ibu bapa mertuanya juga? Di dalam islam, kedudukan mertua adalah setaraf dengan ibu bapa sendiri. Oleh itu, seorang isteri yang solehah tidak akan membeza-bezakan di antara mertua dan ibu bapanya.

Penutup Isteri solehah idaman para lelaki.

Akhir sekali, cubalah sehabis baik untuk menjadi isteri yang solehah kepada suami anda. Buat yang terbaik moga ganjaran pahala dan syurga dikurniakan kepada anda. Jangan biarkan orang lain menjadi isteri solehah kepada suami anda sedangkan anda tidak. Fahamkan maksud kami di situ. Buatlah pengorbanan untuk suami dan pasti tuhan akan membalas yang terbaik untuk anda.


Post a Comment

Previous Post Next Post