Biodata Pat Candy, Peserta Gegar Vaganza 9

Penyanyi Pat Candy antara nama-nama yang menjadi sebutan selepas konsert pertama gegar vaganza 9 yang menyaksikan dia menyanyikan lagu popular kumpulan Candy, Akan ku tunggu.

Selain Pat, kita juga ada peserta lain dalam gegar vaganza 9. Antaranya adalah Jaclyn Victor, Tom, Shila Amzah, Dina Nadzir dan Haida Hasnan.

Kita juga ada Bob Yusof, Asheed (Def Gab C), Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam, Roy Kapilla, Tomok dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim). Jom kita berkenalan dengan penyanyi terkenal ini.

biodata pat candy

 

Biodata Pat Candy

Pemilik kepada nama penuh Nurul Nadhira Patricia Binti Robert ini juga dikenali dengan Pat kini sudah berusia 35 tahun dan dia berasal dari Sarawak. Pat merupakan salah seorang yang berketurunan Iban dan telah masuk islam setelah berkahwin dengan Edrie Hashim pada 2002.

Sebelum berkahwin dengan Edrie, Pat pernah berkahwin dengan lelaki lain dan bercerai pada tahun 1995. Pat juga dikurniakan 2 anak lelaki yang mana kedua-duanya adalah anak autisme.

 

Instagram : Instagram Pat Candy

Info Menarik dalam Biodata Pat Candy.

Pat aktif bersama kumpulan rock wanita Candy sekitar pertengahan 90an. Sekarang ini dia lebih aktif sebagai busker sahaja. Dia juga pertama kali muncul di tv awal 90an, menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia ketika tamat siaran RTM.

Kumpulan Candy merupakan sebuah kumpulan rock wanita Malaysia yang meraih kejayaan pada 1990-an. ia ditubuhkan pada 1996 di Kuching, Sarawak dan  ahli kumpulan ini terdiri daripada Patricia Robert (vokal dan gitar kedua), Nancy Graggory (bass, vokal), Anis Kalisa (gitar utama), dan Bulan Terry (dram).

Candy tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai Kumpulan Rock Wanita Pertama di Malaysia dan kumpulan rock wanita pertama yang berjaya menghasilkan album penuh.Mereka mula menempa nama dalam industri muzik menerusi lagu "Akan Ku Tunggu" pada 1997.


biodata pat candy


Sepanjang kerjaya mereka, mereka berjaya menghasilkan 3 album studio.

Akhir sekali, aku tak sabar nak tengok persembahan kedua pat dalam gv 9 nanti. oleh itu jangan lupa untuk saksikan persembahan mereka di saluran Astro Ria pada 25 September 2022 nanti. Berikan sokongan anda kepada semua peserta yang bertanding tau.

Good Luck Pat!

Post a Comment

Previous Post Next Post