Susah Buat! Ini Ciri Orang Lelaki Yang Bahagia

Ini Ciri Orang Lelaki Yang Bahagia. Aku suka cerita pasal bahagia kerana benda ni akan buatkan kita happy dan tersenyum sendiri. siapa yang tidak mahu bahagia, kita juga da tulis mengenai cara orang perempuan cari bahagia dan kali ini aku nak kongsikan pula mengenai karakter atau ciri-ciri orang lelaki yang bahagia. selalunya kita tengok orang lelaki ini selalunya muka dia akan serisu dan agak garang. jadi orang lain tak dapat teka sama ada dia tengah bahagia atau pun sebaliknya. aku cakap macam ini sebab dai air muka kita ni, kita dapat agak perasaan dalam seseorang yang kita lihat itu. ramai yang ada masalah tetapi berjaya menyembunyikannya disebalik muka mereka dan ramai juga yang terkantoi dengan masalahnya kerana riak wajah yang terpancar dari mukanya. jadi bagaimana seorang lelaki itu bahagia, apakah pula karakter dan ciri-ciri lelaki yang bahagia? jom kita kongsikan ramai-ramai di bawah ini.


Susah Buat! Ini Ciri Orang Lelaki Yang Bahagia




Ini Ciri Orang Lelaki Yang Bahagia

Orang lelaki yang bahagia selalunya bermula dengan karakter dalaman dalam dirinya sendiri. jika dari awal dia memang tak bahagia, memang kita akan lihat pada muka dan gerak geri mereka. antara ciri orang lelaki yang bahagia adalah seperti berikut..

Yang pertama adalah dia tidak lekang dengan ucapan terima kasih. selalunya orang lelaki susah nak cakap terima kasih. tak kiralah sama ada ketika dia dengan isterinya atau anak-anaknya ataupun ketika berusan di pejabat dan juga di kedai ketika jual beli. kita memang susah nak tengok orang lelaki mengucapkan terima kasih kepada orang lain. jika korang nampak orang lelaki mengucapkan terima kasih sentiasa maka itu tanda dia tengah bahagia. Amalkan untuk mengucapkan ‘terima kasih’ sebagai tanda syukur khususnya pada sang pencipta. Jangan berkira untuk berterima kasih pada orang sekeliling kita yang membuatkan hidup kita lebih mudah, tidak kira sekecil mana pun sumbangan mereka.

Yang kedua pula adalah dia mempunyai sifat tepati janji dan masa. Haa inilah masalah paling besar dalam kalangan masyarakat kita. tetapi janji dan masa memang satu perkara yang sangat sukar dilakukan. jadi jika orang lelaki atau suami anda sentiasa on time dan menepati janjinya maka dia dalam kalangan orang yang bahagia dengan kehidupannya. Kita kena ingat yang setiap manusia dipegang pada janjinya. Menepati janji sama ada dengan orang atau diri sendiri adalah cara untuk kita mendisiplinkan diri. Kita akan rasa lebih bersemangat dan yakin apabila menepati janji. Memungkiri janji bukan saja akan menyusahkan orang, malah membuatkan orang hilang kepercayaan kepada kita.


Yang ketiga pula mengenai ciri orang lelaki yang bahagia adalah dia pandai mencari masa untuk meditasi dan juga untuk tenangkan diri. kalau dalam islam tu, dia ada masa untuk megeratkan hubungannya dengan Allah salah satu caranya adalah dengan melakukan ibadah wajib dan ditambah pula dengan ibadah-ibadah sunnat yang lain. perkara ibadah ini sebenarnya banyak membentu emosi dan karakter kita dan menambahkan kebahagian dalam kehidupan kita. Menurut penyelidik Universiti Harvard, orang yang melakukan lapan sesi meditasi secara puratanya 20 peratus lebih bahagia dan gembira. Sebagai umat Islam, meditasi terbaik adalah menunaikan solat dan beribadat. Sehari semalam, kita ada lima sesi ‘meditasi’ wajib. Jika dicampur dengan solat sunat, doa dan zikir harian, ada banyak sesi meditasi yang sepatutnya boleh membantu kita menjadi menjadi insan yang lebih tenang dan bahagia.


Seterusnya yang keempat pula, ciri-ciri orang lelaki yang bahagia adalah dia sentiasa mempunyai mindset yang positif dan dia juga merupakan seorang lelaki yang optimis. Kita tahu segala perkara yang positif bermula dengan diri kita sendiri. memang sukar untuk kita sentiasa berfikiran postif sepanjang hari cukuplah kita mampu menguasai dan juga mengawal minda dan otak kita agar sentiasa berfikiran positif. Optimis ini pula adalah sentiasa merasakan sesuatu yang berlaku itu mempunyai hasil yang baik di hadapan. dengan cara ini mereka yang digelar lelaki ini tidak mudah putus asa dan tidak mudah untuk menjadi pessimis dalam hidup mereka. Orang optimis melihat gelas yang berisi separuh sebagai separuh penuh. Orang pesimis melihatnya sebagai separuh kosong. Orang optimis mencari manfaat dan hikmah daripada setiap masalah atau cabaran. Dengan cara ini kita tidak akan kecewa jika apa yang diusahakan tidak memenuhi sasaran kerana ia dianggap sebagai pengalaman dan tangga untuk meraih kejayaan. Orang optimis juga tidak cepat berputus asa.

Ciri orang lelaki yang bahagia yang kelima adalah dia mempunyai sfat dan karakter menyayangi sesiapa sahaja tanpa mengharapkan balasan. Ini ciri dan karakter yang sangat sukar dicari dalah diri manusia tidak kiralah dia lelaki atau perempuan. ramai yang menyanyangi dan pada masa yang sama dia mengharapkan dirinya di sayangii. jadi ia sangat mustahil untuk dilakukan dan jika dia mempunyai sifat sayang dan tidak mengharapkan dirinya disayangi maka pilih dia menjadi teman hidup anda wahai kaum wanita. sebab memang jarang orang lelaki yang sanggup berkorban dan pada masa yang sama tidak mengharapkan balasan kepada dirinya. Dalam dunia ini tiada orang yang sempurna. Terima diri anda seadanya. Begitu juga dengan orang lain baik pasangan, anak, ahli keluarga atau sahabat. Menyayangi tanpa syarat bermakna kita menerima kekurangan diri sendiri dan orang lain. Ketahui setiap orang dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Penutup

Akhir sekali, orang lelaki kena sentiasa bahagia kerana mereka merupakn tunjang keluarga mereka. Jika mereka tidak bahagia maka akan menjadi satu malapetaka besar dalam keluarga tersebut. nasihat untuk orang perempuan agar tidak merumitkan lagi keadan orang lelaki dengan cakap -cakap yang tidak bermanfaat. sebaliknya teruskan memberi semangat dan dorongan kepada mereka untuk berjaya. itu sahaja cara untuk memberi kebahagiaan kepada orang lelaki. semoga perkongsian kami mengenai ciri orang lelaki yang bahagia ini bermanfaat untuk anda. korang juga booleh share untuk rakan-rakan atau suami korang ya. tag diorang sekali tau. terima kasih.


Post a Comment

Previous Post Next Post