Nyanyi Lagu Januari Last Minit - Shila Amzah

Shila Amzah x TOM X Jaclyn Victor membuat kejutan apabila mereka menyanyikan lagu januari yang sepatutnya dinyanyikan oleh Dina Nadzir yang mana pada malam itu Dina tidak membuat persembahan. Ia berikutan kematian bapanya yang tercinta. Rata-rata netizen memuji persembahan trio gv9 ini yang berani mnyanyikan lagu itu.


Nyanyi Lagu Januari Last Minit - Shila Amzah


Nyanyi Lagu Januari Last Minit - Shila Amzah

Ditanya persedian mereka yang tiba-tiba menyanyikan lagu tersebut, Shila Amzah berkata;

“Tersangatlah last minute. Pihak produksi tanya kami nak buat atau tidak, tetapi tiada confirmation apa-apa. Cuma pada pagi hari sebelum konsert, rupanya kami bertiga semua dah bersetuju.

“Selepas raptai lagu solo, kami hanya sempat berlatih satu dua kali sahaja. Pembahagian lirik pun kami adakan hari yang sama. Sebab kita pun bertanding kan. Tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Shila berkata, dia turut melahirkan rasa lega apabila dapat membawakan lagu berkenaan selain tiada penyingkiran yang dilakukan oleh pihak produksi pada malam berkenaan.

“Untuk kami bertiga, kami yakin kita rasa sangat kehilangan bila Dina tiada. Bila dengar balik, kalau dia nyanyi lagu ni, saya tak rasa dia boleh habiskan, sebab faktor lirik… ia akan jadi sangat sukar.

“Bila dah berjaya nyanyikan, kami berasa sangat bersyukur dan kami harap dapat berikan justice pada lagu ini. Dalam masa sama, dan dan Jac berasa lega apabila tiada penyingkiran berlaku dan Dina boleh mara ke minggu seterusnya,” ujar Shila.

Pada malam konsert, Shila yang menyanyikan lagu I Will Show dendangan asal Ailee berada di tempat ketiga dengan markah sebanyak 76.60%

Post a Comment

Previous Post Next Post