Pat Candy Terbuka kongsi cerita anak autismnya

Satu peristiwa yang menyedarkan bintang gv9 pat candy untuk tidak merahsiakan mengenai anaknya yang menghidap austitik. Peristiwa kehilangan anak sulungnya itu menyebabkan dia kini rasa dia tidak patut merahsiakan lagi kerana bimbang ia akan mengeruhkan lagi keadaan anaknya nanti.


Pat Candy Terbuka kongsi cerita anak autismnya


Pat Candy Terbuka kongsi cerita anak autismnya

 Dalam temubual bersama dengan Gempak.com, Pat berkata;

“Dulu tidak banyak yang mempunyai kesedaran tentang autisme jadi sebab itu kami memilih untuk merahsiakan perkara itu, kerana percaya anak akan pulih.

“Kami merahsiakan tentang mereka kerana bimbang anak-anak akan mendapat malu sekiranya mereka kembali normal… Tetapi baru kami sedar yang mereka tidak akan pulih.

“Satu peristiwa berlaku yang membuatkan kami sedar adalah sekitar tahun 2016, kami sekeluarga masuk hospital disebabkan Influenza.

“Bila kami dah buat pendaftaran masuk, Darren yang berusia 18 tahun itu hilang daripada hospital dan kami tidak sedar.

“Bila cari tak jumpa sampai satu hospital kecoh, ambulans keluar cari jumpa dia dekat Petronas tengah minum air.

“Jadi bila fikir balik, kami rasa perlu untuk dedahkan mereka, sekurang-kurangnya kalau dia hilang, orang faham masalah yang ada pada mereka dan tahu dekat mana nak hantar. Sejak peristiwa itu kami lebih terbuka,” jelasnya ketika ditemui Gempak.


Post a Comment

Previous Post Next Post