Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra

Sebuah drama baru Wanita milik tuan putra yang akan ditayangkan pada 21 oktober nanti di saluran tv3 yang mana drama ini akan menggantikan drama sekali lagi cinta kembali.

Drama ini dilakonkan oleh pelakon bernama  Hisyam Hamid, Intan Najuwa dan Sherry Ibrahim sebagai pelakon utama tau. Mesti jalan cerita dia best kan.

Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra


Sinopsis Wanita Milik Tuan Putra 

jalan cerita drama ini mengisahkan tentang tuan putra anaqi yang memiliki wajah yang kacak dan boleh dikatakan seorang lelaki yang sempurna. Namun pertemuan dengan zinnirah mengubah segalanya. Putra yakin yang perjumpaan dia dengan zinnirah bukan satu kebetulan tetapi ketentuan yang baik. 

Zinnirah pula menganggap putra sebagai pelindung dirinya dan sentiasa menyelamatkannya. Dia juga tidak menolak untuk berhubungan dengan putra. 

Namun, Putra merupakan seorang jejaka yang mempunyai rahsia hitam. Bila rahsia tersebut bongkar, Zinnirah mula sedar yang dia telah tersalah pilih. perasan dendam mula mekar dan meretakkan hubungan mereka.

Dapatkah hubungan putra dan zinnirah dapat di selamatkan?


INFO Drama Wanita Milik Tuan Putra

Jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 28 episod dan mula ditayangkan pada 21 oktober 2022. Waktu tayangannya pula adalah pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 7 malam di saluran tv3 untuk slot akasaia.  

Senarai pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Khaty Azian, Kuza, Aznah Hamid, Tengku Tieya dan Zara Delisha.

Pelakon kacak Hisyam Hamid membawa watak sebagai Tuan Putra Anaqi, pelakon cantik Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah dan Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania.

Lama tak tengok sherry ibrahim bawa watak utama kan. tak sabar nak tunggu 21hb ni. hehehe selamat menonton. 


Post a Comment

Previous Post Next Post