Siti Nordiana Dapat Lagu Ciptaan M Nasir

Siti Nordiana atau Nana sangat terkenal dalam dunia musik tanah air. Namun itu bukan tiket mudah untuk dirinya mendapat lagu ciptaan lagenda musik tanah air, Datuk M Nasir. Nana berkata hampir 5 tahun menunggu persetujuan dari M Nasir untuk mendapatkan lagu ciptaan beliau dapat dinyanyikan oleh Nana. 


Siti Nordiana Dapat Lagu Ciptaan M Nasir


Siti Nordiana Dapat Lagu Ciptaan M Nasir

Dalam tembual bersama Harian metro, Nana berkata; 


"Boleh dikatakan saya insan terpilih juga. Semasa minta lagu tu, dia ada cakap bolehkah menyanyikan lagu saya. Gigil juga mendengar soalan tu. Bukan apa saya kan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu 'leman'. Saya pun cakap ubah suara menjadi lain semata-mata untuk lagu itu. Janji saya dapat lagu M Nasir.


"Pertama kali minta lagu antara 2017 dan 2018. Kira lama jugalah dah minta, tapi baru tahun ni dia bersetuju," katanya kepada Harian Metro.


"Untuk lagu ini saja empat kali saya masuk studio rakaman. Semua pada hari berbeza. Setiap sesi antara lima hingga enam jam. Memang lama.


"Dia sangat teliti. Apabila dah rakan kali pertama, ada bahagian lain yang dia cakap boleh diperbaiki lagi. Sampailah kali keempat baru dia puas hati.


"Memang susah puaskan hatinya. Dia cakap pada saya, suara saya lembut, jadi tak boleh bagi lagu berat. Kena ada kelembutan dalam lagu. Itu yang dia bagi lagu ini sekali dengan gubahan. Memang sangat kena dengan saya," katanya.



Post a Comment

Previous Post Next Post