Biodata Zamarul Hisham Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu

 Kami kongsikan watak adam dalam aku tanpa cintamu iaitu Biodata Zamarul Hisham Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu. Siapa tak kenal dengan pelakon kacak dan lagenda dalam dunia lakonan tanah air ini. Abang Zamarul sudah lama dalam dunia lakonan sejak aku masih muda lagi dan kini usia dia juga semakin tua namun bakat dan kualitinya masih hebat dan utuh.


Biodata Zamarul Hisham Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu


Kini zamarul hisham muncul dalam sebuah drama baru iaitu drama aku tanpa cintamu yang viral di tv3. Ramai yang 'geram' dengan lakonan watak Adam yang suka menganiaya isterinya dalam cerita itu. Tapi zamarul tegaskan yang dirinya sebenar tidak seperti itu dan ia hanya lakonan sahaja untuk menjayakan watak yang diminta.

Biodata Zamarul Hisham Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu

Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, Zamarul terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai pereka grafik. Drama pertama lakonan beliau ialah Gerimis Mengundang. Patutlah rumah dia pun cantik sebab pereka grafik rupanya, orang ada jiwa seni ni.

Nama Penuh : Zamarul Hisham bin Mohamed
Tarikh Lahir : lahir 9 Mac 1971
Umur : 51 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tahun berlakon aktif sejak 1997.

Instagram : Instagram zamarul.

Zamarul berkahwin dengan pelakon dan penyanyi diana rafar pada tahun 2009 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata bernama Kashfi Haikal dan Kayla Reysha dan seorang lagi yang baru lahir. abang zamarul juga pernah berkahwin sebelum berkahwin dengan diana rafar dan salah seorang anaknya bernama izzat haikal.

Kehebatan lakonan dan kekacakan wajah zamarul membuatkan ramai gadis diluar sana yang cair dengannya. Ramai yang crush dengan zamarul sejak dia muda lagi. 

Kita doakan agar abang zamarul terus kekal dalam dunia seni kita dan terus berkarya dengan karya yang lebih berkualiti dan menarik terutamanya dalam menarik minat penonton muda dalam dan luar negara. good job abang zamarul.

Post a Comment

Previous Post Next Post