Bob tak salah, lagu tu memang dalam wish list saya - Tomok

Bob tak salah, lagu tu memang dalam wish list saya - Tomok. Sejak lepas konsert minggu kesembilan, ramai peminat tomok mula mengecam Bob selepas lagu yang dipilih untuk Tomok tidak membantu Tomok berada di kelompk teratas peserta gegar vaganza untuk minggu ke 9 ini.


Bob tak salah, lagu tu memang dalam wish list saya - Tomok


Bob tak salah, lagu tu memang dalam wish list saya - Tomok

Bob tambil menjelaskan perkara sebenar 

“Segala proses, orang luar sana boleh cakap dan salahkan, sebab mereka tak tahu apa yang berlaku di belakang pentas. Lagu itu memang ada dalam wish list Tomok.

“Jadi, saya diberi tugas untuk pilih salah satu lagu. Dalam wish list tu, boleh kata semua lagu lebih kurang genre. Saya tahu Tomok nak bawakan kelainan dalam setiap persembahan.

“Saya fikir, dia pernah bawa lagu Backstreet Boys dengan baik dan lagu Awas itu pun lebih kurang sama. Saya mohon maaf kepada orang luar sana,” katanya kepada Gempak.

“Saya tak ada niat untuk perdajalkan sesiapa… kami semua sokong satu sama lain. Daripada kita nak perdajalkan orang, kan lebih baik kita bangunkan sesama kita.

“Bagi saya, semua peserta GV9 hebat dan masing-masing ada kredibiliti sebagai penyanyi. Ada masa kita tak dapat buat persembahan yang baik.

“Saya sendiri pernah berada di kedudukan bawah. Setiap persembahan ada kesusahan. Tapi kesusahan itu yang orang tak tahu sebab biar hanya kita saja tahu,” ujarnya.

“Bob tak salah, lagu tu memang dalam wish list saya dan Bob yang pilih salah satu. Jadi, janganlah marah dan salahkan Bob,” kata Tomok.


Post a Comment

Previous Post Next Post