Kami 100 peratus yakin Jac akan menang! - JVSTARS

Final gv9, penyokong Jaclyn Victor dengan bergayanya menjangkakan penyanyi kesayangan mereka itu akan memenangi gegar vaganza 9. Reputasi Jaclyn sebagai penyanyi sebenar dan masih aktif nampaknya bakal menggugat peserta lain dalam final malam nanti.


Kami 100 peratus yakin Jac akan menang! - JVSTARS


Kami 100 peratus yakin Jac akan menang! - JVSTARS

JVSTARS yang merupakan kelab penyokong Jaclyn berkata; “Harapan kami untuk Jac di pentas final nanti adalah kami mahukan satu persembahan yang sempurna, yang mempunyai liga kelas tersendiri.


“Kami juga mahukan sebuah persembahan yang mampu memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang akan menonton persembahannya di pentas final GV nanti,” kongsinya kepada Gempak.

“Apa yang kami bayangkan untuk persembahan Jac di final adalah kami mengharapkan baju yang dipakai Jac nanti cantik dan mungkin ada sedikit olahan elemen suprise yang tidak dijangkakan,” tambahnya.


“Sudah pasti kami mahukan Jac bergelar juara, apa yang Jac perlu buat adalah dia perlu ingat semula komen Datuk Syafinaz dimana minta dia hanya bersaing dengan diri sendiri.


“Kalau 18 tahun dia boleh menang satu pertandingan realiti TV Malaysia, why not kali ini di GV9, dia akan mengulangi kejayaan yang sama, seakan momen dejavu,” ujarnya lagi.


“Persiapan kami daripada kelab peminat untuk pentas final, kami kekal dengan konsep minimalis dan sederhana.


“Kita buat banner dan bersorak ketika Jac buat persembahan, tapi akan ada kejutan daripada kami, nantikan pada malam final nanti,” kongsinya.



Post a Comment

Previous Post Next Post