Ini dia ! Drama Kampung People 3 musim baru bakal bermula! Sudahkah anda bersedia untuk gelak ketawa dengan permsebahan lakonan pelakon-pelakon hebat kampung people kali ini?
Tapi sayang sungguh bila Jekfer tak ada dalam musim ketiga ini.
Sinopsis Kampung People 3
Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.
Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.
Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?
Kampung People 3
Drama ini mempunyai 13 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan pada 18 November 2022 pada setiap hari rabu hingga sabtu pada jam 9 malam.
Seperti biasa, drama ini akan ditayangkan di tv3 dan merupakan karya arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin. berikut merupakan senarai pelakon dan watak dalam kampung people musim ke 3.
- Rashidi Ishak sebagai Mona
- Elly Mazlein sebagai Razi
- Riena Diana sebagai Laila
- Kamarul Eqifshah sebagai Imran
- Hun Haqeem sebagai Jaafar
- Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
- Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
- Danish Hazriq
- Haidar Hasanudin
Tak sabar nak tahu apa yang jadi dekat Laila dan mona. korang jangan lepaskan peluang untuk menonton tau!
Post a Comment