Keluarga dan Rakan Beri semangat Untuk Teruskan - Dina Nadzir

Kita tahu yang peserta gegar vaganza 9, Dina nadzir yang kehilangan ayahandanya yang tercinta pada minggu ke 6 konsert gv. Dina yang ditemui selepas konsert minggu ke 7 mengatakan yang dia hampir menarik diri kerana sudah putus asa selepas kematian ayahnya. Namun dia membatalkan niatnya itu kerana rakan-rakan dan keluarganya menyuruh dia meneruskan perjuangan dalam gegar vaganza 9. 


Keluarga dan Rakan Beri semangat Untuk Teruskan - Dina Nadzir


Keluarga dan Rakan Beri semangat Untuk Teruskan - Dina Nadzir

“Malam ayah saya meninggal itu saya dah reda dan tidak kisah jika tersingkir, anggap rezeki saya sampai di minggu keenam sahaja. Saya hanya bersyukur sebab semuanya kehendak Allah.

“Tapi dengan adanya kawan-kawan saya yang ‘gila’ ini lah punca untuk saya teruskan, mereka kata jangan stop, perjuangan perlu diteruskan walaupun jujur saya katakan saya sudah give up sebenarnya.

“Kemudian keluarga dan saudara mara jauh semua kata arwah ayah mesti nak tengok saya terus fight dalam pertandingan ini, saya buat untuk abah.

“Untuk bawa semangat abah, sebab itu saya bawa sekali tongkat arwah dalam persembahan saya, walaupun itu tongkat biasa sahaja ada ukiran-ukiran sedikit, dari Johor saya bawa tongkat itu,” kongsinya.

“Saya nak nyanyi seorang diri minggu ketujuh ini saya rasa macam tak kuat, sebab itu saya ajak beberapa rakan-rakan yang sangat rapat dengan saya, itu yang ada Alvira, Cikgu Delly, Atilia dan Nadia Aqillah sekali.

“Masa rehearsal mereka tiada, tapi tadi bila mereka ada saya terus rasa lain, segalanya berlaku dengan baik dan cantik sekali, ditambah pula dengan energy penonton ketika itu, semangat saya lain macam masa nak mula persembahan,” tambahnya.

Dina dapat markah 77.1% untuk persembahan lagu Lady Marmalade nyanyian asal LaBelle.

Post a Comment

Previous Post Next Post