Nabil Ahmad Tampil Jawab Kontroversi Dengan Raisa

Nabil Ahmad yang juga merupakan pengacara gegar vaganza 9 hari ini menjawab kontroversi yang dilakukannya terhadap penyanyi dan juga juri jemputan dari indonesia, Raisa. 

Isunya adalah Nabil memerli cara percakapan Raisa sehinggakan menimbul rasa kurang senang netizen dan ia juga di sifatkan sebagai keterlaluan.


Nabil Ahmad Tampil Jawab Kontroversi Dengan Raisa


Nabil Ahmad Tampil Jawab Kontroversi Dengan Raisa

Pengacara itu berkata; 

“Saya sebelum mula show itu dah berjumpa dengan Raisa di belakang pentas, kami dah bergurau, dah berkenalan sesama kami, manager dia pun saya dah kenal.

“Dia pun kata gurauan itu boleh buat dia rasa lebih selesa, jadi macam itu cara dunia hiburan bergerak. Dia seorang yang sporting dan kelakar sebenarnya.

“Sebagai seorang penghibur saya tahu apa yang dia perlukan dan saya pasti dia tahu apa juga yang saya perlukan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

“Saya sikit pun tak terasa langsung dengan komen-komen nakal netizen, mereka cuma ambil apa yang berada di TV, saya pun tak mahu marah mereka.

“Saya tahu batas sebagai pengacara, tiada lah sampai nak menghina atau maki orang, ia hanyalah sekadar program hiburan.

“Saya hanya jalankan amanah yang diberikan, selagi pihak produksi kata saya tidak melampui batas atau menyinggung perasaan orang-orang yang penting dalam GV, saya bersyukur dan itu sahaja yang perlu dijaga,” tambahnya.



Post a Comment

Previous Post Next Post