Sinopsis Drama Jesnita

Teringat lagu exist dulu-dulu tapi ini adalah drama jesnita yang dibarisi ramai pelakon hebat tanah air seperti Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Nasha Aziz, Hafidz Roshdi dan Rozita Che Wan. dan ramai lagi. Drama ini juga mempunyai 40 episod keseluruhan dan akan mula ditayangkan pada 7 November 2022 ini.


Sinopsis Drama Jesnita


Sinopsis Jesnita

Drama ini menceritakan tentang seorang gadis yang gilakan harta bernama jesnita. Demi merialisasikan impiannya itu, dia berkahwin dengan Zaid yang merupakan seorang pewaris perniagaan. Tapi Zahid ni mempunyai tabiat buruk iaitu dia suka boros dan membazir. mereka berbelanja tanpa berfikir sehinggalah mereka mengalami satu masalah besar.

Syarikat Zaid mengalami masalah kewangan, Jesnita pula menyedari perkara itu dia mula mencari lelaki lain dan kali ini rafael yang juga rakan perniagaan Zaid menjadi pilihannya.

Jesnita kemudian berkahwin dengan rafael dan mula timbul masalah besar dengan isteri pertama rafael iaitu dayana. Ibu kepada Zaid juga membencikan jesnita dan mempunyai dendam nak mengancurkan keluarga jesnita yang baru itu.

Bagaimanakah pengakhiran kehidupan jesnita?

Info Terkini dan pelakon jesnita

Jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 40 episod dan mula ditayangkan pada 7 november 2022. Ia akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 6 pm.

Skripnya ditulis oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil, Sidek Ariff, Irwan Mansor, Nurul Hazrina. ia juga merupakan karya arahan Emi Suffian.

Watak dan pelakon yang terlibat dalam drama ini.

  1. Intan Najuwa sebagai Jesnita
  2. Yusuf Bahrin sebagai Rafael
  3. Malek Mccrone sebagai Zaid
  4. Fikry Ibrahim sebagai Zainal
  5. Nasha Aziz sebagai Syafinaz
  6. Nina Smith sebagai Dayana
  7. Hafidz Roshdi sebagai Aidil
  8. Rozita Che Wan sebagai Rosemila
  9. Zachery Franz sebagai Fauzi
  10. Aqil Taqee sebagai Iskandar
  11. Fatiya Latiff sebagai Aurora
  12. Ezaidi Aziz sebagai Salaam
  13. Ani Maiyuni sebagai Seri
  14. Putri Dellyna sebagai Bella
  15. Lydia Saimon sebagai Hayati
  16. Fendi Seman sebagai Pak Din
  17. Mak Jah sebagai Mak Yam
  18. Natasha Azizan sebagai Aina
  19. Fiza Thomas sebagai Electra Marcos

Tak sabar nak tahu kesudahan cerita ini. nantikan tayangan episod pertamanya nanti ya.

Post a Comment

Previous Post Next Post