Sinopsis Drama Dia yang ku Jadikan Suami

Cerita Dia yang ku Jadikan Suami ini merupakan karya lakonan Anna Jobling dan Juga Malek Mcrone sebagai peneraju utamanya. 

Drama yang di adaptasi dari novel karya Rinsya Chasiani ditayangkan untuk slot MegaDrama mulai 23 November 2022, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria. 


Sinopsis Drama Dia yang ku Jadikan Suami


Sinopsis Dia yang ku Jadikan Suami

Drama ini mengisahkan tentang Nazneen seorang gadis yang sombong dan suka mempermainkan hati lelaki. Pertemuan dengan Naim buat dirinya berasa tercabar apabila Naim langsung tidak memandangnya. 

Penolakan Naim menyebabkan Naazneen bertekad menghancurkan hubungan Naim dengan Hidayah. Nazneen merancang sesuatu untuk kenakan Naim namun rancangannya gagal dan memakan dirinya sendiri.

Naazneen mengahwini Naim Khair, namun kehidupan bersama Naim Khair bukanlah mudah seperti yang disangkanya.

Naazneen yang insaf mula berubah menjadi isteri solehah. Namun segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar. Tiada siapa sudi mendengar penjelasan dan penyesalan hati Naazneen. Dapatkah Naim menerimanya kembali.

Info Dan Pelakon Dia yang ku jadikan suami

Keseluruhan drama ini mempunyai 13 episod dan mula ditayangkan pada 23 november yang lalu. waktu tayangnya pula adalah pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Anna Joblings sebagai Naazneen Fattah, Malek Mcrone sebagai Naim Khairi, Syazlin Zainal sebagai Hanna dan Abby Nadzri sebagai Hidayah.

Barisan pelakon yang terlibat adalah

  1. Zulkifli Ismail sebagai Aznal
  2. Raja Azmi sebagai Anisa
  3. Ismail Yaacob sebagai Adnan
  4. Anne Abdullah sebagai Hasanah
  5. Kuna Muzani sebagai Aisyah
  6. Reza Hasbi sebagai Wan Aakif
  7. Sefik Khair sebagai Adriz
  8. Ikhwan Zahid Ab sebagai Jefri
  9. Aishah Sudin sebagai Mak Ajah 
  10. Farra Zainuddin sebagai Arwin
  11. Shah Rezza sebagai Dato Adham

Jangan lupa tengok tau !

Post a Comment

Previous Post Next Post