Sinopsis Drama Sepi Tanpa Cinta

Drama baru arahan rashid sibir Sepi Tanpa Cinta ini dibintangi oleh pelakon hebat seperi Nazim othman dan juga yuna rahim. Drama diadaptasi daripada novel Biarkan Sepi Berlalu karya Damya Hanna telah ditayangkan di Sooka pada 8 April yang lalu.

Untuk tayangan di Astro Ria, drama ini akan mula ditayangkan pada 21 november 2022 tau dan disiarkan pada jam 11 malam, isnin hingga khamis.

Sinopsis Drama Sepi Tanpa Cinta


sinopsis Sepi Tanpa Cinta

Drama ini mengisahkan tentang Haziqah. Dia memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya.

 Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas.

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. 

Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali!

Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. 

Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung.

Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta haziqah ini?

Info dan Pelakon Sepi tanpa cinta

Drama ini mempunyai 20 episod dan ditayangkan di Sooka mulai 8 april 2022 yang lalu. Ia merupakan karya arahan rashid sibir dan dibintangi pelakon hebat seperti


  1. Nazim Othman sebagai Fakrul
  2. Yuna Rahim sebagai Haziqah
  3. Jihaa Sham sebagai Sue
  4. Zulhelmy sebagai Yusri
  5. Asyiqin Zaed sebagai Radiah
  6. Sheila Mambo sebagai Haryati
  7. Fauziah Nawi sebagai Aminah
  8. Fikri Bazli sebagai Amirul 
  9. Rosnah Mat Aris sebagai Senah 
  10. Maisarah Sufia sebagai Zura 
  11. Adam Shadan sebagai Idzham 
  12. Heryanto Hassan sebagai Leman 
  13. Amy sebagai Faremy

Kalau korang terlepas, boleh tonton semula di sooka ya ! memang best ditambah pula dengan arahan penagrah yang hebat, jadi karya ini tidak bosan tau.

Memang best untuk di tonton. Selamat menghayati dan menonton !

Post a Comment

Previous Post Next Post