Sinopsis Filem Badi

Badi merupakan sebuah filem seram Malaysia 2015 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures, ditayangkan pada 15 Oktober 2015.

Sinopsis Filem Badi


Sinopsis

Joe, Faiz, Tania dan Kila merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. 

Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak.

 Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain.

 Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.

Pelakon

Adibah Yunus sebagai Sarah

Azwan Kombos sebagai Joe

Hanif Safuan sebagai Faiz

Sharisa Haris sebagai Tania

Navilya Husna sebagai Kila

Rashidah Jaafar sebagai Mek Nak


Badi diarahkan oleh Eyra Rahman, ia merupakan filem seram ketiga arahannya selepas Pengantin Malam dan Gudang Kubur. Filem ini ditayangkan pada 15 Oktober 2015 di pawagam seluruh Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post