Sinopsis Novel Bukan Lelaki Terhebat

Disebabkan drama bukan lelaki terhebat ini tengah ramai yang tengok, jadi aku nak kongsikan mengenai sinopsis novel dia pula. korang tahu yang drama yang tengah tayang dekat TV3 tu sebenarnya di adaptasi dari novel bukan lelaki terhebat tau. Siapakah penulis novel ini? dan bilakah ia diterbitkan? semuanya akan terjawab di bawah ini ya...


Sinopsis Novel Bukan Lelaki Terhebat


Info Novel Bukan Lelaki Terhebat

Penulis: Dilla Ahmad.

Tarikh Terbitan: 2020/01/29

Jumlah Muka Surat: 460

Penerbit: KASEH ARIES PUBLICATION

Negara Terbitan: Malaysia

Bahasa: B.Melayu

Sinopsis Novel Bukan Lelaki Terhebat

Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia.


“Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ Seri Dhia


“Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ Jaden


Sukar untuk Jaden menjadi lelaki yang hebat di mata Seri Dhia, kalau Iqram saja yang menjadi perhatian gadis itu. Apatah lagi dengan kekurangannya dalam memahami ilmu agama. Tapi demi memiliki Seri, juga kerana janji kepada Tok Ayah untuk menikahi gadis itu, Jaden sanggup mencalar kepercayaan dan maruah Seri.


“Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni, Jaden?” ~ Seri Dhia


“Kau buat aku merasa sesuatu. Sesuatu yang bagi aku, kalau aku lepaskan... aku tidak akan merasainya lagi. Aku cintakan kau, Dhia.” ~ Jaden


Cinta mereka diuji saat kisah silam Jaden terbongkar. Masihkah ada cinta buat Jaden di hati Seri saat dia mengetahui sisi gelap seorang Jaden Haqeef? Bagaimana pula dengan Ariana dan Iqram, dua orang yang terus menagih cinta Jaden dan Seri?

Post a Comment

Previous Post Next Post