10 Kdrama Menarik Pada Mac 2023

 10 Kdrama Menarik Pada Mac 2023: Memandang sudah di penghujung Mac, jadi aku kongsikan dengan korang beberapa drama korea yang sedang hangat ditayangkan. Ramai juga sudah tengok dan akan tengok berdasarkan senarai ini tau.


10 Kdrama Menarik Pada Mac 2023




 10 Kdrama Menarik Pada Mac 2023

apakah drama terbaru untuk bulan mac 2023 ini? pasi korang tak sabarkan.


1. DELIVERY MAN (1 Mac)

Yoon Chan Young memainkan watak Seo Young Min, seorang pemandu teksi yang sanggup memandu ke mana-mana asalkan dia dibayar. Setelah memulakan perniagaan “teksi untuk hantu”, dia menjadi seorang penghantar yang menyelesaikan kehendak pelanggan “istimewa”nya.


Bang Minah sebagai Kang Ji Hyun, hantu yang mendapat tumpangan percuma dengan teksi Young Min. Dia telah hilang ingatan, tidak tahu siapa dirinya tetapi dia tidak tahan dengan ketidakadilan. Atas sebab yang tidak diketahui, dia “melekat” dengan teksi Young Min dan akhirnya membuka perniagaan “teksi untuk hantu” bersama Young Min.


Selain Yoon Chan Young dan Bang Minah, Do Gyu Jin turut membintangi kdrama sebanyak 16 episod ini sebagai Kim Min Seok rakan doktor Bang Minah


2. DIVORCE ATTORNEY SHIN (4 Mac)


Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, drama sebanyak 12 episod ini mengisahkan bergolakkan hidup yang berlaku kepada Shin Sung Han (Cho Seung Woo) yang pada asalnya adalah seorang professor muzik di Jerman, kemudian menukar kerjaya menjadi seorang peguam pakar dalam perceraian setelah berlaku satu insiden tragis.


Sebagai peguam perceraian, Shin Sung Han berusaha membantu mereka yang memerlukan dan menegakkan kebenaran. Drama ini dibintangi oleh Cho Seung Woo, Han Hye Jin, Kim Sung Kyun, Jung Moon Sung dan ramai lagi.


3. OASIS (6 Mac)


Berlaku ketika zaman pergolakkan Korea Selatan antara tahun 80-an dan 90-an. Ia menggambarkan kisah kehidupan yang kejam, dendam, dan konflik anak muda yang terpaksa mengejar kuasa serta kekayaan dengan apa cara sekalipun dalam era yang dipenuhi dengan nilai sosial yang salah.


Drama sebanyak 16 episod ini dibintangi oleh Jang Dong Yoon, Seol In Ah, Choo Young Woo dan ramai lagi.


4. THE GLORY 2 (10 Mac)


Berikutan kejayaan The Glory bahagian 1, drama ini bakal kembali untuk bahagian kedua sebanyak 8 episod di Netflix bagi meneruskan plot balas dendam Dong Eun terhadap orang yang membulinya.


Dibintangi oleh Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Lim Ji Yeon, Jung Sung II, Cha Joo Young, Park Sung Hoon, Kim Hieora, Kim Gun Woo dan Yeom Hye Ran.


5. PANDORA: BENEATH THE PARADISE

(11 Mac)


Pandora Beneath The Paradise membawa kisah pembalasan dendam Hong Tae Ra (Lee Ji Ah) yang telah kehilangan memori serta masa lalunya, dimana kemudian dia menyadari bahawa hidupnya yang sempurna itu rupanya “Indah Khabar Dari Rupa”. Selama ini hidupnya telah diatur untuk kepentingan seseorang demi mencapai rancangan jahat mereka.


Drama bergenre thriler misteri sebanyak 16 ini dibintangi oleh Lee Ji Ah, Lee Sang Yoon, Jang Hee Jin, Park Ki Woong, Bong Tae Kyu dan ramai lagi.


6. A SECRET WOMAN (13 Mac)


Mengisahkan nasib malang seorang isteri yang menjadi buta kerana suaminya dan skandalnya, tidak lama kemudian menjadi lumpuh akibat Sindrom Terkunci atau “Locked In Syndrome”. Dalam perjalanannya untuk membalas dendam dan menemui kebenaran, dia bekerjasama dengan seorang pewaris kaya.


A Secret Woman akan ditayangkan di Netflix & KBS2 ini dibintangi oleh Shin Go Eun, Choi Yoon Young, Lee Chae Young, Lee Sun Ho, Han Ki Woong, Lee Eun Hyung, Choi Jae Sung, Hong Il Kwon, Bae Do Hwan dan Hong Seok Cheon.


7. THE REAL DEAL HAS COME! (25 Mac)


Kdrama ini mengisahkan tentang wanita hamil yang belum berkahwin Oh Yeon Doo harus membesarkan anaknya seorang diri tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami.


Takdir menemukan Yeon Doo dengan Gong Tae Kyung seorang doktor pakar perempuan yang masih bujang yang mana kemudian mereka membuat perjanjian kontrak palsu yang membawa mereka dalam perjalanan menuai cinta, kehamilan, dan membesarkan anak.


Dibintangi oleh Baek Jin Hee, Ahn Jae Hyun, Kim Sa Kwon, Cha Joo Young, Cha Hwa Yun, dan Choi Dae Chul.


8. JOSEON LAWYER (31 Mac)


Drama berlatarbelakangkan zaman dinasti Joseon sebanyak 16 episod ini mengisahkan tentang seorang peguam Kang Han Su (Woo Do Hwan) membalas dendam atas kematian ibu bapanya dalam masa sama terperangkap dalam hubungan cinta dengan seorang puteri dan persahabatan dengan seorang hakim.


Dibintangi oleh Woo Do Hwan, Bona, Cha Hak Yeon dan ramai lagi.


9. DUTY AFTER SCHOOL (TBA Mac)


Kdrama sebanyak 10 episod ini diadaptasi dari webtoon dengan nama sama terbitan pada 2014-2015 oleh Ha Il-kwon, menyajikan sebuah genre Thriller Misteri berlatarbelakangkan sekolah.


Sekumpulan pelajar sekolah dan tentera harus berjuang melawan makhluk misteri yang muncul dari langit. Ramai manusia terkorban akibat dari serangan makhluk itu. Drama ini dibintangi oleh Shin Hyun Soo, Im Se Mi, Kim Ki Hae dan ramai lagi.


10. ROMANTIC GUEST HOUSE (31 Mac)


Drama sejarah berlatarbelakangkan dinasti Joseon, mengisahkan tiga jejaka merungkai misteri kehilangan seseorang 13 tahun lalu dan mereka jatuh cinta dengan pemilik penginapan yang menumpangkan mereka sebelum peperiksaan sarjana mereka.


Romantic Guest House akan datang di SBS TV & Netflix ini dibintangi oleh Shin Ye Eun sebagai Yoon Dan-O, Ryeo Un sebagai Kang San, Kang Hoon Kim Shi-Yeol, dan Jung Gun Joo sebagai Jung Yoo-Ha. See less

Post a Comment

Previous Post Next Post