Review Drama Doctor Cha Episod 12

Review Drama Doctor Cha Episod 12 kali ni lebih ringan dan rileks sikit. Situasi keluarga In HO dan Jeung suk pun makin kendur. In ho nak kekal dengan Jeong suk dan dia pun dah minta putus dengan Seung hi. Tetapi Jeong suk pula nak bercerai dengan In Ho. Masing-masing tak nak kalah dan masih berdebat mengenai hubungan mereka.


Review Drama Doctor Cha Episod 12


Review Drama Doctor Cha Episod 12

Aku tulis sinopsis untuk episod 12 ni ya.

Dalam episod kali, ia dimulakan dengan pergaduhan Dr In Ho dan juga Dr Roy. Jeong suk pun terpaksa masuk campur. last-last dua dua tu kena marah dengan jeong suk.


lepas tu Ji yeon pesakit kepada jeong suk dan jeung min sakit dan mati. Dia jadi sebab jeung min salah buat analisis penyakit dia. masa dalam operation dia tak dapat di selamatkan.


Jeung min jadi stress dan rasa bersalah keluarga ji yeon menyalahkan dia menjadi punca kematian anak mereka. 


Seung hi pula terus mencabar Jeong suk. Dia yang minta jeung suk berhenti kerja dan biarkan dia kerja di sana. tapi jeong suk kebal dan tak berganjak. bergaduh besar diorang.


benda jadi makin rumit bila, department In Ho nak salahkan department Seung hi dalam kes kematian ji yeon. makin mengamuklah perempuan tu. In ho nampak lebih keras dan tegas dengan seung hi. nampak dia nak tinggalkan seung hi terus.



Irang pula dapat markah terbawah dalam kelas seni dia. In ho dan Jeong suk tak boleh salahkan anak mereka sebab ia berpunca dari masalah diorang juga. anak-anak jadi mangsa.


Jeong suk ambil keputusan untuk tengokkan Irang. manakala In Ho pula tengokkan jeong min. 


Di hujung episod, diorang buat majlis memperingati kematian bapa In Ho. Jeong suk cakap ni yang terakhir dia buat. lepas ni mereka buat sendiri. 


mak in ho pula buat kejutan, dia kata lepas ni tak payah buat dah majlis macam tu. rupanya sebab dia ada boyfirend lain dan dia ada perancangan nak kawin dengan lelaki tersebut.


In ho terkejut bila dapat tahu benda tu. Di hujung-hujung episod, Jeong suk minta cerai dan mahu berpisah dengan In Ho. tiba-tiba jer mamat tu pengsan. 


bersambung episod 13

Post a Comment

Previous Post Next Post