I Can See Your Voice Malaysia 2023 Bermula 4 Jun

 I Can See Your Voice Malaysia 2023 Bermula Hari ini setelah sekian lama menanti. akhirnya rancangan kegemaran ramai ini kembali untuk musim yang keenam. Rancangan realiti asal dari korea selatan ini memang sentiasa mendapat tempat dalam kalangan penonton di Malaysia sehinggakan ia dilanjutkan ke musim yang ke 6.


I Can See Your Voice Malaysia 2023 Bermula 4 Jun



Hos dan Penyiasat I Can See Your Voice Malaysia 2023 

Untuk musim baru ini, kita mempunyai hos baru! Iaitu Izzue Islam dan juga Shiha Zikir. Sebenarnya izzue dah jadi hos sebelum ini bersama dengan Ain Edruce. Cuma Shiha yang baru sahaja menjadi hos untuk musim ini.

Selain Hos, penyiasat juga memainkan peranan untuk mengelirukan barisan artis jemputan melalui satu perubahan. walaupun tak banyak tetapi kami rasa ia cukup untuk mengubah perjalanan program ini.

Musim keenam, kita bakal saksikan penyiasat i can see your voice malaysia disertai oleh Ropie, Baby Shima, Jihan Muse dan Khir Rahman.

Manakala, antara penyiasat undangan yang akan menghangatkan lagi suasana adalah Maryam Younarae, Cik B, Joey Daud, Sweet Qismina, Bell Ngasri, Mek Yun, Fizi Ali, Roy Azman dan ramai lagi.

seperti biasa, format program ini adalah empat pusingan untuk artis jemputan mengenalpasti dan menyingkirkan penyamar bersuara sumbang pada tiga pusingan awal. 

Jika peserta yang mara ke pusingan akhir adalah penyamar, maka dia berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dan pemenang setiap episod akan membawa pulang bekalan produk Cadbury selama setahun. 

Manakala, penyanyi sebenar berpeluang untuk merakamkan single bersama penyanyi popular tanah air.

Rancangan ini akan memulakan tayangkannya pada 4 Jun 2023 ini pada jam 9 malam di TV3.

Post a Comment

Previous Post Next Post