Biodata Noryn Aziz Juara GV5. Beliau merupakan seorang penyanyi yang versatile dan hebat dalam pembawakan lagu-lagu jazz dan pop di Malaysia. Tak ramai yang mempunyai suara yang hebat macam Noryn dalam malaysia ini. 

Terbaru untuk tahun 2023, Noryn Aziz akan menyertai Allstar gegar vaganza bersama dengan barisan juara-juara gv yang lain mulai 24 september 2023 ini. Ayuh beri sokongan anda kepada penyanyi hebat ini untuk musim ke 10 rancangan itu.


Biodata Noryn Aziz Juara GV5



Kalau bercakap soal perkahwinan, Noryn Aziz pernah berkahwin 3 kali. Kali pertama dia berkahwin dan suaminya adalah Anuarol Nizam Kechik @ Hamir (1998–2000) kemudian mereka memutuskan untuk bercerai.

Noryn berkahwin untuk kali kedua, suaminya adalah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (2010-2017) dan perkahwinan ini juga berakhir dengan penceraian. Mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata bernama Raja Bariq Umar Shah.

S̈uami Noryn Aziz yang terkini adalah Shaik Rizal Shaik Sulaiman yang mana mereka berkahwin pada tahun 2020 dan kekal sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.


Biodata Noryn Aziz Juara GV5

Berikut merupakan biodata noryn aziz untuk anda semua terutamanya kepada peminat gegar vaganza yang akan memberi sokongan kepada norin nanti.

Nama Penuh Norazmahwati binti Abdul Aziz

Tarikh Lahir : 26 November 1976 (umur 46)

Asal : Shah Alam, Selangor, Malaysia

Pekerjaan Penyanyi, Penulis lagu, Guru vokal

Tahun aktif 1996 - kini

Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Muzik

Pusat pendidikan Kolej Muzik Antarabangsa(ICOM)


Biodata Noryn Aziz Juara GV10


Karier Seni 

Bermula dengan kumpulan Sister-sister, Noryn aziz mula dikenali sehingga kini. Pada 1997, dia nekat meninggalkan kumpulan itu dan bergerak secara solo dan album solonya itu bertajuk Fantasi O Realiti.


Pada tahun 2006, Noryn melancarkan album solonya yang kedua bertajuk "Alam Maya" yang menggabungkan irama jaz kontemporari, R&B dan Soul dalam nuansa pop.


Pada tahun 2010, Noryn melancarkan sebuah mini album yang diberi tajuk, "I'm Alright". "I'm Alright" mengandungi enam buah lagu yang juga menggabungkan irama jaz, R&B dan Soul.


Sejak tahun 2018, Noryn ada berkongsi informasi tentang jalinan kerjasamanya dengan Ajai dan juga Syamel dalam pembikinan albumnya yang terbaru. 


Pencapaian dan Anugerah

Pencapaian Noryn aziz memang tak perlu di sangkal lagi. berikut kami kongsikan kejayaan Noryn sepanjang perjalanan kariernya.

2007 Menang Anugerah Planet Muzik Artis Wanita Baru Terbaik

2008 Menang 👇👇

  • World Championships of Performing Arts (WCOPA) Penyanyi Pop Terbaik
  • World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Emas - Kategori Pop
  • World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Emas - Kategori R&B Jazz
  • World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Emas - Komposisi asli
  • World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Perak - Broadway

2018 Juara Gegar Vaganza 5.


Penutup


Akhir sekali, kita yakin yang Noryn dapat buat yang terbaik dalam all star gegar vaganza 2023. Jadi kami harap biodata noryn aziz ini dapat membantu para peminat mengenal salah satu lagenda musik tanah air ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post