Mufti Pulau Pinang Gesa Konsert Ed Sheeran Dibatalkan.

Isu mengenai konsert Ed Sheeran di Malaysia memasuki episod baru apabila Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengeluarkan kenyataan agar konsert tersebut tidak diteruskan. Ia berikutan ramai sudah maklum latar belakang penyanyi itu yang kuat menyokong LGBT yang ditentang oleh Islam.


Mufti Pulau Pinang Gesa Konsert Ed Sheeran Dibatalkan.



Ed Sheeran bakal mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari 2024 ini.


Dr Wan Salim berkata kepada harian metro ;


"Setiap Muslim tentu mengetahui agama Islam menolak segala hubungan jenis yang tidak ditegakkan di atas pernikahan yang sah.


"Semua agama langit menentang aktiviti LGBT kerana ia membawa negara dan umat ke jurang kemusnahan," katanya


"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mencegah kemungkaran seperti dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, surah al-Haj ayat 41.


"Sebagai mufti saya rasa bertanggungjawab bagi menggesa pihak kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi supaya membatal segera kebenaran bagi mengadakan konsert berkenaan.


"Saya juga menyeru seluruh umat Islam di negara ini supaya memulau konsert yang dicadangkan itu.


"Ingatlah, umat Islam ditegah bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada dosa atau maksiat seperti dinyatakan di dalam al-Quran," katanya.


--


Kita sebagai umat Islam seharusnya duduk bersama ulama dan mengikut apa yang diperkatakan ulama. Kita juga di saran agar tidak hadir dan tidak membeli tiket konsert berkenaan kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.


Kami bersama dengan Alim Ulama dan Mufti-Mufti.

Post a Comment

Previous Post Next Post