Telefilem Menarik Sempena Tahun Baru Cina 2024

 Sempena cuti tahun baru cina pada hari ini ramai yang tertanya-tanya ada tak drama atau telefilem menarik yang ditayangkan di saluran tv di Malaysia.

Pastilah ada! jangan risau, aku kongsikan senarai telefilem menarik tahun baru cina 2024 untuk anda yang mahu tonton tv bersama keluarga tercinta.


Telefilem Menarik Sempena Tahun Baru Cina 2024



Telefilem tahun baru cina

1. Telefilem Kebaya Mek Hwa TV3


Untuk pengetahuan anda,  telefilem kebaya mek hwa ini ditayangkan kali pertama pada tahun 2017 dan diulang siarkan sempenea CNY 2024. Mengisahkan perjalanan seorang gadis mencari identiti budayanya di sebuah perkampungan melayu menjadi tumpuan dalam cerita ini.


Anda boleh tonton di saluran tv3 pada 11 februari 2024 ini.


2. Telefilem Cinta Kucing Parsi TV3

Bagi peminat telefilem cinta, telefilem cinta kucing parsi pasti akan menjadi pilihan anda. Disebalik kemeriahan tahun baru cina 2024. telefilem ini memberi kelainan kepada penonton.


Bakal ditayangkan semula pada 10 feb 2024 bersamaan hari Sabtu, telefilem ini mengisahkan tentang perubahan seorang lelaki apabila bertemu dengan gadis pilihannya.


Lelaki tersebut asalnya jahat berubah jadi baik.Dapatkah dia mengejar cintanya itu?


3. Dim Sum Yu Wen TV1


Ini pula telefilem menarik yang mengetengahkan elemen kampung cina sempena tahun baru cina. Kesukaran selepas diberhentikan kerjanya menjadikan lelaki ini tabah dan pulang ke kampung bagi meneruskan kehidupan.


Ditambah pula dengan kehadiran gadis lain yang dikatakan seperti pengacau membuatkan kehidupan di kampung juga tidak aman.


Jangan lupa saksikan telefilem dim sum yu wen di saluran tv1 pada 10 feb 2024.

Penutup

Kesemua telefilem menarik sempena tahun baru cina ini mempunyai pengajaran yang brguna. jadi jangan lepaskan peluang menonton dan mmberi sokongan kepada tayangan telefilem ini. selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post