MENULIS KERANA CINTA !

MENULIS KERANA CINTA I Selalunya apabila kita baca mengenai satu-satu penulisan, sudah pasti kita tertanya apakah yang cuba di bawa atau di sampaikan oleh penulis kepada pembaca . adakah penyampaian itu betul-betul untuk pembaca atau sekadar pelaris buku sahaja .Ada insan yang menulis kerana cinta. Semua berkaitan cinta menjadi topik bualnya bersama pembaca setia .

Sememangnya, seorang penulis perlu ada semangat menulis kerana cinta. Kalau kita tidak di apit dengan cinta , mungkin sahaja kita menulis kerana terpaksa. Apabila kita menulis kerana terpaksa, yang membaca juga akan rasa terpaksa dan di paksa. sebab itu kebanyakan karya-karya hebat bukanlah hanya sekadar tulisan sebaliknya, ia hidup bersama dengan pembaca .

Aku pun pernah terfikir, aku ini tulis kerana cinta atau tidak. mungkin coretan aku biasa sahaja dan tidak layak untuk di kaegorikan sebagai menulis. namun aku harap pembaca tulisan mampu terinspirasi dengan apa yang aku tulis . Mungkin aku berangan sahaja kot. blog ini pun sunyi ja, ada ker yang sudi singgah blog ni .

Satu pengharapan apabila kita mula menulis. apa dia ? ada insan yang sudi membaca apa yang kita tulis . itu sahaja impian diri ini , moga impian ini di redhai oleh Allah. kalau ada cadangan untuk blog budak gemuk ini. boleh kongsikan di ruangan komen ya.

TIPS MENULIS DENGAN BAIK .

1. tenangkan fikiran ketika menulis .

Jangan terlalu terdesak atau kalut dalam menulis. antara kerja atau perangai aku, aku suka semua benda cepat habis. itu amat-amat tidak elok. jangan ikut tau .

2. Tulis menerusi hati .

Macam aku bagitau di atas, kalau kita tulis dari hati, pasti akan ada pengikut dan pembaca yang menerimanya juga dengan hati yang terbuka .

3. Menulis jangan sombong .

Jangan buat semua perkara kita tahu , kalau ada rujukan, boleh tinggalkan agar pembaca juga mampu merujuk jika mereka tidak faham dengan tulisan kita.

Semoga, secebis tips ini mampu membantu kita semua dalam menulis kerana cinta.

sekian.

p/s : jiwang lakk.. :P

Post a Comment

Previous Post Next Post