HIKMAH MERAHSIAKAN PERTUNANGAN !

HIKMAH MERAHSIAKAN PERTUNANGAN ! | Zaman sekarang, kita lihat ramai di kalangan melayu dan islam menghebahkan pertunangan mereka di media sosial. ia agak berlainan dari apa yang di sarankan oleh Rasulullah di mana kita di minta untuk merahsiakan pertunangan kita .


HIKMAH MERAHSIAKAN PERTUNANGAN !


KENAPA PERLU RAHSIAKAN PERTUNANGAN ?


Soalan yang selalu keluar dari mulut anak muda yang belum berkahwin dan yang ingin berkahwin . Kenapa perlu rahsiakan pertunangan ? jawapannya adalah :


1. Pasangan kita belum officially milik kita.
2. Nak elakkan dari fitnah.
3. bimbang kalau hebahkan akan menjadi buah mulut orang ramai jika tidak jadi berkahwin.
4. Menjaga maruah keluarga kedua-dua belah pihak.


Ramai di antara kita tidak nampak apa hikmah di sebalik merahsiakan pertunangan. malah ramai di antara kita yang mengabaikannya dengan alasan,, ini zaman moden tak perlu nak rahsia-rahsiakan lagi. sedangkan mereka lupa ia merupakan saranan agama untuk kita.

Tempoh bertunang ?


Hati-hatilah dengan pertunangan. orang yang sudah berkahwin akan mengatakan yang tempoh pertunangan merupakan tempoh paling sukar untuk di jaga. banyak dugaan dan cubaan yang mampu mengganggu gugat tali pertunangan terbabit.

Sebab itulah islam meminta untuk di rahsiakan pertunangan. Tak perlu buat majlis besar-besaran macam segelintir dari kita buat. Simpan duit untuk majlis utama iaitu majlis perkahwinan adalah lebih baik dari kita gunakan duit untuk majlis pertunangan. fikir-fikirkanlah.

TREND MAJLIS PERTUNANGAN DI MALAYSIA ?


Banyak trend yang berlaku di Malaysia sekarang ini kan. ada yang bertunang siap berpelamin bagai. Hilang sudah gaya sederhana dalam pertunangan yang sering di anjurkan dalam Islam. Ayuh ! melayu islam, balik lah pada panduan agama yang sebenar. moga kehidupan berkeluarga kita nanti lebih di jamin keberkatannya.

Semoga entri HIKMAH MERAHSIAKAN PERTUNANGAN ! mampu menimbulkan kesedaran kepada kita semua dalam menjalani kehidupan seharian. Buat sesuatu ikut panduan dan acuan Islam dan jangan lari jauh darinya. Sekian.

1 comment... add one now

YieN YieN January 16, 2017 at 12:27 PM
Kite tunang dulu buat simple2 je, baju pon pakai biasa2 je.. Takde pon pelamin bagai.. Yg dtg pon cuma ahli keluarga terdekat je :)