Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul (Astro Ria 2021). Sebuah drama baru yang menggantikan drama love elsa ini telah mula ditayangkan pada 27 Julai 2021 yang lalu.Antara pelakon utama dalam drama ini adalah  Aqasha, Amelia Henderson, Dynas Mokhtar dan Fimie Don. Lama tak tengok drama lakonan Aqasha kan. Untuk pengetahuan semau, Drama cik ayu mee sanggul ini bergenre romantik komedi dan hanya memiliki 16 episod sahaja. Kalau kita tahu selalunya slot Mega Drama ni akan ada lebih 20 episod tapi lain untuk drama baru ini. Anda sudah bersedia untuk menonton drama ini?  Berikut merupakan Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul untuk bacaan anda.


Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul (Astro Ria 2021)


Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul (Astro Ria 2021)


Drama 16 episod ini mengisahkan pengorbanan seorang balu muda yang menikahi seorang duda tanpa ikatan cinta demi menjadi ‘ibu segera’ kepada Uwais, anak duda tersebut. Ayu adalah pengusaha Mee Sanggul yang berjaya di Kota KL. 

Perkenalan dan hubungan rapatnya dengan Uwais serta Nek Wan ditentang oleh Akhtar apabila mendapat tahu Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya. Akhtar skeptikal terhadap status janda Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya. 

Uwais pula masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu. Ayu berkorban dan membuat keputusan untuk meminang Akhtar sendiri. Ayu juga didekati lelaki-lelaki lain dalam hidupnya yang sentiasa menjadi penghalang kisah cintanya.


INFO DRAMA


Bagi yang belum tahu, drama ini mula ditayangkan pada tarikh 27 Julai 2021 dan akan ditayangkan untuk slot mega drama di Astro Ria. Ia juga akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingg khamis jam 10 malam. 

Watak-watak dalam drama ini terdiri daripada Amelia Henderson sebagai Cik Ayu  dan Aqasha sebagai Akhtar. Selain itu, Aryan Azdrin sebagai Uwais dan Iman Zulkarnain sebagai Rizman . Kita ada juga pelakon hebat seperti Shiqin Kamal sebagai Mastura dan Fimie Don sebagai Joe.

Antara pelakon lain yang turut terlibat adalah Wan Raja, Dynas Mokhtar, Iman Zulkarnain, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Rosyam Nor, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah dan juga Cat Farish

Tak sabar sebenarnya nak tengok drama ini sampai habis. Baru jer mula dah penuh dengan emosi dan pengajaran. Jangan lupa tengok keseluruhan drama ini tau.

Selamat menonton.


Post a Comment

أحدث أقدم