Sharnaaz Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Sharnaaz Dibebaskan Dengan Jaminan Polis. Sharnaaz yang baru sahaja dibebaskan oleh pihak polis selepas dia didakwa memukul dan menendang penghuni kondominium di segambut baru-baru ini.

Dia terus mencari anaknya jebat jayden bagi melepaskan rindu terhadap anaknya itu. kita tengok dalam video yang dimuat naik di instagram sharnaaz pun kita dah rasa sebak.

Sharnaaz Dibebaskan Dengan Jaminan Polis


Jebat pun seperti mengetahui ada sesuatu yang dilalui oleh bapanya. Dia tidak melepaskan pelukan bapanya dengan begitu lama.

Ditemubual oleh wartawan sharnaaz berkata :

"Nak jumpa anak saya dulu. Rindu yang tiada penghujungnya. Tak apa, ini dugaan untuk saya tapi kebenaran akan terjawab. Insya-Allah," katanya sambil menuju ke sebuah kereta di luar IPD berkenaan.

Caption instagram sharnaaz untuk video pelukan jebat itu adalah.

"Saya okey Insya-Allah. Baba sangat cintakan kamu," tulisnya ringkas.

Sharnaaz ada mengatakan semuanya akan terjawab nanti sama ada tuduhan itu palsu dan sebagainya. Kita doakan sharrnaaz kuat dan tabah melalui ujian ini.

Kita tahu dia sentiasa kuat untuk anaknya Jebat Jayden.

Kisah sebenar yang berlaku.

Sharnaaz juga berkata

Saya tak boleh cerita banyak sebab masih dalam siasatan. Apa yang digembar-gemburkan itu, hati-hati sebab masih dalam siasatan.

Apa yang dikeluarkan oleh pihak media itu tidak benar. Tunggu daripada peguam dan saya akan keluarkan statement dalam masa terdekat.

Terima kasih dekat pihak polis sebab telah membantu dari semua segi. Insya-Allah cerita sebenar akan keluar.

Saya tak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi yang Sharnaaz panas baran, tunggu. Harap bersabar ya.

إرسال تعليق

أحدث أقدم