Sinopsis Drama Red Velvet ( Astro )

Sinopsis Drama Red Velvet. Drama baru bertajuk drama red velvet ini akan menggantikan drama duda pujaan dara ( masih belum di sahkan ). Minggu depan akan mula tayangan dia dah. jadi siapa yang belum tahu sinopsis drama red velvet ni. boleh baca di bawah.

sinopsis dan jalan cerita drama red velvet ini dia agak menarik. tapi aku rasa ramai lagi yang dok tunggu gandingan pelakon Alif Satar dan Neelofa kan. kalau dah peminat ramai, mesti ramai yang akan ikut sama tengok drama ni.

Sinopsis Drama Red Velvet ( Astro )
Sinopsis Drama Red Velvet ( Astro )


Sinopsis Drama Red Velvet


Drama red velvet ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama helena yang suka kepada suami orang yang bernama fareeq. dia ni dah ada isteri tapi si helena lakonan neelofa ini nak juga berkawin dengan fareeq. dia pun nekad nak kawin di luar negara. Selepas niat nya berjaya di hidu oleh dato fauzan, mereka ingin menghantar helena sambung belajar di luar negara dan dia menolaknya.

Apa yang di rancang sudah disiapkan hanya tunggu ia terlaksana sahaja. Tapi malangnya fareeq tidak menepati janjinya kepada helena, akhirnya helena kemurungan yang amat teruk.

dalam tempoh kekecewaan helena, dia bertemu dengan seorang lelaki bernama izzat lakonan alif satar. Izzat ni seorang yang kuat ego dan kerek. yang tak bestnya dia suka cari pasal dengan helena. ada satu ketika helena terpaksa bekerja di kedai bakeri sama dengan izzat dan ini merumitkan lagi hubungan mereka.

tetapi lama kelamaan, mereka sudah jatuh cinta. izzat ni tak suka orang yang merosakkan rumah tangga orang lain. tapi mampu kah dia menerima helena yang pernah merosakkan rumah tangga fareeq ? nak tau kesudahan dia, kenalah tengok drama ni di astro megadrama nanti.


--

Sinopsis Drama Red Velvet ( Astro ) ini sebagai penarik untuk korang tengok drama red velvet nanti. amacam, korang suka tak jalan cerita drama red velvet ni ? kalau ya, komen dan SHARE tau.

Entri sebelum - Sinopsis Drama Raisha

Post a Comment

Previous Post Next Post