Liza Hanim Bintang Gegar Vaganza 4

Liza Hanim Bintang Gegar Vaganza 4
Liza Hanim Bintang Gegar Vaganza 4

Liza Hanim Bintang Gegar Vaganza 4. Hai, fuhh sejak senarai peserta gegar vaganza 4 dah keluar, ramai yang dah mula nak buat pasukan atau team macam musim-musim sebelum ni. hehe dah makin meriah kan ggv ni. masa awal-awal dulu tak meriah macam ni kan. antara peserta yang menjadi sebutan adalah liza hanim. liza hanim memang seorang penyanyi yang hebat.

satu ketika dulu, liza pernah menggegarkan tanah air kita dengan kelunakan suara dia. sebab tu dia mempunyai ramai peminat sehingga sekarang ni. mungkin budak-budak sekarang tak kenal, tapi bagi mereka yang kenal liza dari dulu, mereka tau yang bakat yang ada pada liza kan.

Liza Hanim Bintang Gegar Vaganza 4


Cabaran yang pasti akan ditempuhi oleh liza hanim adalah memasukkan dirinya dan lagu dengan suasana anak muda sekarang ni. itu cabaran lepas ggv4 ini. kalau tak dia tak akan pergi jauh dalam dunia seni.

macam Nana dulu pun sebab dia berjaya ambil balik hati anak-anak muda untuk suka dengan musik yang dia bawa yang akhirnya membuatkan dia kekal dala industri sampai sekarang. 

BIODATA LIZA HANIM GEGAR VAGANZA 4


  • Nama Penuh : Haliza Hanim binti Abdul Halim
  • Tarikh Lahir : 19 November 1979 (umur 37)
  • Tempat Lahir : Selangor, Malaysia
  • Pekerjaan : Penyanyi, pelakon
  • Tahun aktif :1994 - kini


Selain dari menyanyi Liza hanim juga terlibat dalam dunia lakonan. dia pernah membintangi filem Laila Isabella dan KL Menjerit tau. jadi bakat liza hanim ni bukan tertumpu kepada nyanyian sahaja tetapi juga dalam lakonan.

Dalam nyanyian pula liza pernah tercalon dalam Anugerah Juara lagu pada tahun 1998,2001 dan 2002. pernah juga dicalonkan dalam anugerah industri musik dan beberapa anugerah lain. bakat yang ada pada dia menjadikan dia sentiasa layak untuk berada di atas puncak pada zaman kegemilangan dia.

Liza Hanim Bintang Gegar Vaganza 4
Liza Hanim Bintang Gegar Vaganza 4

tapi waktu itu, nama besar seperti Dato Siti Nurhaliza, Norhaniza Idris , Ning Baizura tengah berada di puncak bersama dengan liza hanim. jadi mungkin ada ketika namanya seperti tenggelam dan akhirnya hilang.

Liza hanim juga sekarang dah bertudung. imej nya juga semakin matang dan orang mula hormat dengan penampilan dia. satu perubahan yang baik buat dirinya yang sedang meningkat usia kan. aku yakin ini akan menjadi galakkan kepada generasi muda sekarang untuk berpakaian yang lebih baik macam liza.


Akhir sekali, kita harap liza hanim mampu menjadi bintang gegar vaganza 4 seterusnya dapat mengembangkan bakat sedia adanya ke arah yang lebih baik. peminat dah ramai, sekarang ni mungkin fokus kepada hasil karya yang baru dan segar. dengar cerita, Liza hanim dah di lamar syarikat rakaman tu. waah tak sabar nak dengar lagu baru liza kan. hehe

ada tak #teamliza yang baca entri ni ? kalau ada jom komen di bawah .

loading...

0 comment... add one now